






Soalan Lazim

Bolehkah ibu melantik penjaga harta anak?
Dalam Islam, hanya bapa yang mempunyai hak untuk melantik penjaga bagi harta anak-anaknya.
Perlu ke buat Wasiat jika aset saya sedikit?
Walaupun sekarang anda tidak mempunyai banyak aset untuk diwasiatkan, menulis Wasiat adalah memenuhi aspek yang penting di dalam Islam iaitu mengikut Sunnah seperti apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar. Tambahan pula, beberapa tahun kemudian aset anda akan bertambah dan Wasiat yang kami buat adalah merangkumi aset akan datang tanpa perlu menulis semula Wasiat tersebut jika anda tidak mahu berbuat demikian. Disamping itu jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, anda boleh melantik penjaga bagi harta mereka melalui Wasiat.
Bolehkah ibubapa bukan Islam mewarisi harta saya?
Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.
Jika isteri saya penama EPF, adakah dia akan menerima semua wang?
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank dan Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut Faraid.
Siapa saudara yang wajib mewarisi harta saya?
Dengan syarat mereka adalah orang Islam, bapa anda (ke atas), suami/isteri anda dan anak-anak anda tidak terkecuali daripada mewarisi harta anda.
Adakah bekas isteri berhak ke atas harta saya selepas saya meninggal?
Bekas isteri anda tidak boleh menuntut harta pusaka anda kerana apabila telah bercerai bekas isteri bukanlah dianggap sebagai waris yang layak lagi. Tetapi bagi isteri yang diceraikan, apabila suami telah menceraikan isteri dan suami mati ketika di dalam masa iddah, isteri masih dianggap sebagai waris yang layak dan boleh mewarisi harta anda.
Jika ada Faraid, kenapa perlu tulis Wasiat?
Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.
Verifikasi Pelanggan Kami
Puan Aisyah
"Saya berurusan dengan syarikat as-Salihin untuk buat wasiat dengan hibah sangat memudahkan urusan yang kami mahu, berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, urusan cepat dan service yang diberikan memuaskan."
Encik Borhan
"Urusan pindah milik yang diuruskan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Urusan dari permulaan sampai siap tukar nama sangat puas hati dan sangat mudah."
Puan Nadiatulakhmal
“pengurusan yg cepat , mudah dan berpatutan , staff senang berurusan, segala persoalan dijawab dgn pantas”
Puan Salmawati
"Alhamdulillah, pegawai yang dihantar oleh pihak syarikat merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja, saya juga sangat berpuas hati dengan pegawai yang melaksanakan amanah yang diberikan."
Encik Yusof
"Saya sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pegawai. Pegawai juga sangat membantu dan memahami situasi yang saya hadapi."
Encik Jamaludin
"Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Masa yang diambil untuk menyiapkan dokumen juga sangat cepat dan pantas. Semoga maju jaya kepada pihak syarikat di masa akan datang."
Encik Salmi
"Alhamdulillah proses pindahmilik telah selesai dengan mudah dah pantas. Pegawai juga sangat membantu dari awal sehingga selesai urusan ini."
Encik Pumiran
"Alhamdulillah dan sangat berterima kasih di atas perkhidmatan yang diberikan. Pengurusan penamaan untuk tanah keluarga kami sangat cepat. Pegawai juga sangat membantu dan amat mudah berbanding sebelum ini melalui Agensi lain. Penerangan yang diberikan juga sangat jelas dan memahami. terima kasih kerana dapat membantu menyelesaikan masalah kami."
Encik Zaky
"Pengurusan wasiat sangat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Alhamdulillaah menepati masa dengan baik. Dapat menambah ilmu kami juga yang tak pernah dapat di tempat lain dan ilmu yang sangat bermanfaat."
Puan Hafizah Ma’mor
"Pengurusan pindahmilik yang cekap dan baik. Alhamdulillaah dapat selesai dengan mudah. Pada pendapat saya sedikit bagi penambahbaikkan, contoh pengurusan tu perlu di upload di status juga. Beritahu pada orang ramai yang syarikat ni juga ada membuat perkhidmatan membantu client dari segi pindahmilik nama bukan dari nama mati kepada yang nama hidup tetapi nama yang hidup nak tukar pada nama yang hidup juga ada di syarikat ini."
Ikuti Info Pusaka Di Aplikasi Tiktok
Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.
Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma
Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku
- Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.
- Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Bertengkar Harta Pusaka Punca Abang Bunuh Adik

Bunuh Abang Lepas 20 Tahun Gaduh Berebut Harta

Balu, 4 Anak & Ibu Mertua Gagal Sepakat Tuntutan Harta RM 2.1B

Kerat Ibu 15, Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka
