Soalan Lazim

Bolehkah ibu melantik penjaga harta anak?
Dalam Islam, hanya bapa yang mempunyai hak untuk melantik penjaga bagi harta anak-anaknya.
Perlu ke buat Wasiat jika aset saya sedikit?
Walaupun sekarang anda tidak mempunyai banyak aset untuk diwasiatkan, menulis Wasiat adalah memenuhi aspek yang penting di dalam Islam iaitu mengikut Sunnah seperti apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar. Tambahan pula, beberapa tahun kemudian aset anda akan bertambah dan Wasiat yang kami buat adalah merangkumi aset akan datang tanpa perlu menulis semula Wasiat tersebut jika anda tidak mahu berbuat demikian. Disamping itu jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, anda boleh melantik penjaga bagi harta mereka melalui Wasiat.
Bolehkah ibubapa bukan Islam mewarisi harta saya?
Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.
Jika isteri saya penama EPF, adakah dia akan menerima semua wang?
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, penama bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Wang Simpanan di bank dan Simpanan Kesatuan Kerjasama adalah merupakan orang yang melaksanakan Wasiat simati iaitu sebagai pemegang amanah. Penama tersebut tidak boleh mewarisi kesemua harta tersebut tetapi dia mestilah membahagikan harta tersebut mengikut Faraid.
Siapa saudara yang wajib mewarisi harta saya?
Dengan syarat mereka adalah orang Islam, bapa anda (ke atas), suami/isteri anda dan anak-anak anda tidak terkecuali daripada mewarisi harta anda.
Adakah bekas isteri berhak ke atas harta saya selepas saya meninggal?
Bekas isteri anda tidak boleh menuntut harta pusaka anda kerana apabila telah bercerai bekas isteri bukanlah dianggap sebagai waris yang layak lagi. Tetapi bagi isteri yang diceraikan, apabila suami telah menceraikan isteri dan suami mati ketika di dalam masa iddah, isteri masih dianggap sebagai waris yang layak dan boleh mewarisi harta anda.
Jika ada Faraid, kenapa perlu tulis Wasiat?
Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan Wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan. Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur.
Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.
Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma
Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku
- Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.
- Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Bertengkar Harta Pusaka Punca Abang Bunuh Adik

Bunuh Abang Lepas 20 Tahun Gaduh Berebut Harta

Balu, 4 Anak & Ibu Mertua Gagal Sepakat Tuntutan Harta RM 2.1B

Kerat Ibu 15, Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka

Berebut Harta Punca Pasangan Suami Isteri Dibunuh
Rakan Strategik Kami




