
Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, harta si mati akan melalui proses pentadbiran harta pusaka. Seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta si mati. Pentadbir akan menghimpunkan segala aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.
Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana undang-undang yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Proses mentadbir harta pusaka sudah tentu merupakan satu usaha yang kompleks dan mencabar yang memerlukan pertimbangan dan kepakaran yang teliti. Pemilihan pentadbir merupakan perkara yang yang perlu dititikberatkan kerana apabila seseorang yang tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan dilantik sebagai pentadbir, ia boleh membawa kepada kesukaran yang ketara.Â
Salah urus sedemikian boleh mewujudkan keadaan kesusahan yang berpotensi membawa kepada kelewatan dalam pengagihan aset, pertikaian di kalangan ahli keluarga dan kerugian kewangan. Oleh itu, perkara ini penting untuk dititikberatkan untuk memastikan bahawa kepentingan penerima dilindungi dan harta pusaka dikendalikan dengan cara yang adil dan cekap.
Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Berwasiat
Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuk yang berikut :
Mengenalpasti aset dan liabiliti si mati samada di Malaysia atau luar negara.
Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka.
Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa.
Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Membayar hutang dunia dan akhirat
Menguruskan urusan cukai dan liabiliti.
Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid.
Menyediakan semua penyata akaun serta dokumen yang berkaitan.
Pentadbiran Harta Amanah Raya Berhad
Kami sedia membantu waris faraid untuk membuat permohonan Harta Amanah Raya di Amanah Raya Berhad. Ini terpakai bagi harta pusaka yang ditinggalkan bernilai kurang RM 650,000 merangkumi harta alih sahaja.
Pentadbiran Harta Pusaka Kecil
Kami sedia membantu waris faraid untuk membuat permohonan Harta Pusaka Kecil di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Ini terpakai bagi harta pusaka yang ditinggalkan bernilai kurang RM 5,000,000 merangkumi harta alih dan harta tidak alih.
Pentadbiran Harta Makhamah Tinggi
Kami juga sedia membantu waris faraid untuk membuat permohonan Harta Pusaka di Makhamah Tinggi. Ini terpakai bagi harta pusaka yang ditinggalkan bernilai lebih RM 2,000,000 merangkumi harta alih dan harta tidak alih.
Jom Urus Pusaka

Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.
Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma
Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku
- Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.
- Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Bertengkar Harta Pusaka Punca Abang Bunuh Adik

Bunuh Abang Lepas 20 Tahun Gaduh Berebut Harta

Balu, 4 Anak & Ibu Mertua Gagal Sepakat Tuntutan Harta RM 2.1B

Kerat Ibu 15, Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka

Berebut Harta Punca Pasangan Suami Isteri Dibunuh
Rakan Strategik Kami




