
AL Mirath Legacy Sdn Bhd adalah satu syarikat agensi sah berdaftar dengan as-Salihin Trustee Berhad yang merupakan syarikat amanah yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Ia ditubuhkan untuk membantu as-Salihin Trustee Berhad dalam mewujudkan kesedaran untuk merancang harta dan memenuhi keperluan orang Islam bagi memelihara, melindungi serta mengagihkan aset hasil titik peluhnya berdasarkan prinsip Syariah.
VISI
Untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam pengurusan dan perancangan harta islam yang diiktiraf di Malaysia.
MISI
Kami berhasrat untuk melibatkan diri dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan menaikkan standard Syarikat Perancang Harta Pusaka Islam di pasaran. Dalam pada masa yang sama kami beritikad dalam membantu masyarakat Islam dalam meningkatkan kesedaran untuk merancang harta demi kesejahteraan keluarga. Dalam usaha menjadi Syarikat Perancang Harta Pusaka Islam yang cekap, kami berusaha meningkatkan kejujuran, keterbukaan, keadilan, dan integriti dalam setiap tindakan kami.
Pengenalan AL Mirath Legacy Sdn Bhd
- Pada awalnya, Syarikat ini dinamakan RET Advisory yang diasaskan pada tahun 2016 dan RET Advisory memfokuskan untuk menjadi sebuah agensi yang berdaftar di bawah as-salihin Trustee Berhad dalam merancang dan mengurus harta pusaka Islam. RET Advisory ditubuhkan menjadi sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam dalam membantu masyarakat di daerah Kluang khususnya kepada masyarakat yang menetap di kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana kurangnya kesedaran masyarakat untuk mengurus dan merancang harta hingga menyebabkan sejumlah RM 70 billion harta pusaka di Malaysia masih belum dituntut.
- Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Islam tentang kepentingan perancangan harta yang melibatkan elemen wasiat, hibah, deklarasi harta sepencarian dan warisan perniagaan yang menjadi satu daya usaha dalam membendung masalah harta beku dalam kalangan umat Islam. Setelah beberapa tahun beroperasi, RET Advisory meneruskan perkembangannya daripada hanya menyasarkan kepada masyarakat di daerah Kluang sahaja kepada seluruh daerah di dalam negeri Johor dan seterusnya ke seluruh negeri di Malaysia. Dan akhirnya, RET Advisory melaksanakan penjenamaan semula pada tahun 2025 daripada syarikat RET Advisory kepada syarikat Al Mirath Legacy Sdn Bhd. Hal ini bertujuan untuk penaiktarafan lagi mutu syarikat dalam aspek perkhidmatan dan perundingan. Penjenamaan semula nama syarikat ini juga seiring dengan jumlah pengrekrutan pegawai perancang harta pusaka islam yang semakin meningkat dalam usaha menyelesaikan masalah harta beku yang kian bertambah dari semasa ke semasa.
Mengapa Rancang Harta Bersama Kami ?
Pakej Komprehensif
Cepat & Mudah
Harga Mesra Rakyat
Klausa Tanpa Had
Anti Rumit
Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.
Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma
Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku
- Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.
- Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Bertengkar Harta Pusaka Punca Abang Bunuh Adik

Bunuh Abang Lepas 20 Tahun Gaduh Berebut Harta

Balu, 4 Anak & Ibu Mertua Gagal Sepakat Tuntutan Harta RM 2.1B

Kerat Ibu 15, Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka
