Alhamdulillah dengan izin Allah, selesai Bacaan Tahlil Dan Yassin bersama dengan adik-adik Maahad Tahfiz Al-quran Fattabi Uni untuk semua pelanggan kami yang berurusan harta pusaka. Terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan kerana mempercayai kami untuk menguruskan dan membantu anda dalam pengurusan harta pusaka.
Tidak lupa juga, setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Maahad Tahfiz Al-quran Fattabi Uni dan kepada semua yang hadir secara bersemuka mahupun secara dalam talian dan siaran langsung atas kesudian menghadiri majlis ini bersama.
Semoga Allah SWT mengangkat doa-doa kita semua dan mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.