
Perjanjian aset perolehan bersama adalah satu deklarasi yang boleh dibuat semasa dalam tempoh perkahwinan dan deklarasi ini akan terlaksana selepas berlakunya tiga perkara iaitu Kematian, Penceraian ataupun Poligami.
Definisi Harta Sepencarian
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian“. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.
Perkhidmatan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB)
Sering berlaku keadaan di mana benefisiari si mati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah pertikaian keluarga yang yang tidak diingini berlaku selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama iaitu satu instrumen pembahagian Harta Sepencarian.
Kelebihan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB)
Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama
Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
Melindungi Hak Suami Isteri
Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian tanpa pertelingkahan.
Mempercepatkan Proses Pembahagian
Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
Menjimatkan Kos
Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian
Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
Mudah dan Selesa
Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.
Pakej PAPB
Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.
Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma
Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.
- Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku
- Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.
- Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.
- Menangguhkan pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Bertengkar Harta Pusaka Punca Abang Bunuh Adik

Bunuh Abang Lepas 20 Tahun Gaduh Berebut Harta

Balu, 4 Anak & Ibu Mertua Gagal Sepakat Tuntutan Harta RM 2.1B

Kerat Ibu 15, Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka

Berebut Harta Punca Pasangan Suami Isteri Dibunuh
Rakan Strategik Kami




