Proses Pindah Hakmilik

Langkah 1

Menyediakan satu perjanjian iaitu perjanjian jual beli sekiranya pindahmilik melibatkan urusan jual beli. Selain melalui perjanjian Jual beli, pindahmilik melalui Surat Serah Kuasa Wakil Tidak Boleh Batal (P.A/ Power Of Attorney) juga boleh diguna pakai untuk urusan pindahmilik suatu harta tanah.

Langkah 2

Sekiranya pindahmilik menggunakan P.A, perjanjian yang dibuat perlu disahkan di Mahkamah Tinggi sebelum didaftarkan di Pejabat Tanah. Tujuan pendaftaran ini dibuat adalah bagi membenarkan urusan pindahmilik ini berjalan.

Langkah 3

Sekiranya pindahmilik melalui perjanjian Jual Beli, syarikat perlu meneliti terlebih dahulu geran yang hendak dipindahmilik sama ada harta tanah tersebut mempunyai sekatan atau tidak. Sekiranya terdapat sekatan, syarikat/ individu perlu mengisi borang longgar sekatan atau lebih dikenali sebagai Borang Consent dan mendaftarkannya di Pejabat Tanah bersama dengan perjanjian jual beli. Proses mendapat kelulusan ini memakan masa lebih kurang seminggu. Proses ini juga bagi membenarkan proses pindahmilik ini berjalan.

Langkah 4

Setelah selesai pendaftaran Surat Serah Kuasa Wakil Tidak Boleh Batal (P.A) atau Borang Consent di Pejabat Tanah, syarikat / individu perlu mengisi  borang pindahmilik atau Borang 14A dan perlu menandatangani borang tersebut di hadapan pegawai di Pejabat Tanah. Setelah selesai, proses penukaran nama di geran akan memakan masa sekurang- kurangnya 2-3 minggu.

Contoh borang Permohonan Pindah Hak Milik

Borang Maklumat Permohonan Penukaran Hakmilik

Maklumat Pemohon

Maklumat Penerima

Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.

Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma

Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Rakan Strategik Kami