Sijil Faraid ialah sijil yang digunakan untuk menguruskan pembahagian harta pusaka si mati ke atas waris-waris yang berhak. Sijil ini bertindak sebagai dokumen perakuan bagi menyatakan kesahihan waris-waris yang berhak berserta kadar bahagian yang diperolehi oleh mereka.

Pembahagaian Faraid Menurut Islam

Pembahagian faraid ialah pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan menurut al-Quran. Firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۚ وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu.

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Nisa’: 11)

Borang Maklumat Permohonan Sijil Faraid

Maklumat Permohon

Maklumat Suami

Maklumat Isteri

Sejauh mana anda telah merancang masa depan harta anda demi kesejahteraan yang tersayang ?

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selagi masih lagi diberi kesempatan.

Dapatkan Proposal Perancangan Harta Secara Percuma

Tahukah Anda bahawa Harta Pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan undang-undang sivil dan syariah? Jom ambil tahu bagaimana anda dapat menjaga kebajikan keluarga setelah ketiadaan anda.

Kes Melibatkan Masalah Harta Pusaka

Rakan Strategik Kami